Soalan Kerap Ditanya

Ia sangat mudah. Hanya buka video, kemudian pilih pilihan "Cari sarikata di opensubtitles.org" dalam menu Sarikata. Satu tetingkap baru akan paparkan senarai sarikata yang sesuai untuk video yang anda mainkan. Pilih satu dan klik butang Muat Turun. Fail sarikata akan dimuat turun dan dipapar dalam video anda.

Sesetengah kad atau pemacu video bagi penyama video perkakasan mungkin tidak berfungsi. Oleh itu pergi ke Keutamaan -> Am -> Video dan benarkan penyama perisian.

Pergi ke seksyen Pemacu dalam keutamaan dan semak pilihan "Benarkan menu DVD (Ekperimental)" dan tetapkan pemacu DVD anda.

Pergi ke keutamaan SMPlayer, pilih seksyen Antaramuka, kemudian pilih "GUI Boleh Dikulitkan". Kini anda boleh memiliha beberapa kulit yang ada. Pada linux anda perlu pasang pakej

Cara termudah mencari fail konfigurasi SMPlayer adalah dengan memilih pilihan "Buka folder konfigurasi" dalam menu Bantuan. Jika anda mahu padam konfigurasi semasa dan mulakan tetapan lalai, hanya padam fail smplayer.ini (penting: pastikan SMPlayer tidak berjalan bila anda padam fail).

Terdapat dua aplikasi berlainan yang dapat berfungsi bersama-sama. SMPlayer sebenarnya bukanlah pemain media.... tetapi MPlayer. MPlayer merupakan aplikasi baris perintah, ia tidak mempunyai butang atau menu. Ia dikawal melalui papan kekunci. Oleh itu ia tidak mesra pengguna, terdapat beberapa antaramuka bergrafik telah dibangunkan, diantaranya SMPlayer. Jadi MPlayer merupakan enjin mainbalik, manakala SMPlayer menambah butang ,menu, dialog, dan selanjutnya. Pakej Windows telah disertakan dengan binaan MPlayer bersama-sama dengan SMPlayer.

Lumpuhkan pilihan 'Lukis video menggunakan hirisan' dalam Keutamaan => Am => Video

Penyahkodan bebenang berbilang memerlukan binaan terkini MPlayar atau FFmpeg-mt di dalam linux. MPlayer2 gunakan semua teras secara automatik, tetapi MPlayer memerlukan pelarasan manual. Anda boleh laras bilangan bebenang yang digunakan untuk penyahkodan dalam Keutamaan -> Prestasi. Tetapkannya menjadi sama atau kurang dari bilangan teras (dan bebenang dalam situasi CPU Intel hiper-bebenang) pemprosesan anda. Tetapkannya lebih dari keupayaan CPU anda tidak memberi apa-apa kesan.

Anda boleh memainkan video YouTube pada resolusi 1080p mahupun 4K dengan SMPlayer. Anda hanya perlu lakukan sedikit perubahan di dalam konfigurasi SMPlayer. Dalam Keutamaan -> Rangkaian pilih mpv + youtube-dl dalam pilihan Sokongan untuk laman video. Juga pastikan mpv dipilih sebagai enjin multimedia dalam Keutamaan -> Am.

Pengubahsuaian ini juga membolehkan sarikata YouTube tersedia dalam SMPlayer.

Perhatian: Pengguna Linux mesti memasang youtube-dl.

Ia berlaku bila menggunakan directx sebagai pemacu video (Keutamaan -> Am -> Video). Anda boleh ubah ia ke gl, gl2 atau direct3d.

Sesetengah pilihan perlu hentikan proses MPlayer dan lancarkannya semula dengan parameter baru. Oleh sebab itulah mainbalik telah disampuk buat seketika.