Sokongan untuk Chromecast, skrin sentuh dan banyak lagi fitur baharu!!!

Banyak fitur menarik yang baharu telah ditambah baru-baru ini ke dalam SMPlayer. Halaman ini akan menceritakan secara ringkas berkenaan kesemuanya.


Sokongan untuk Chromecast

Versi 17.1 fiturkan sokongan eksperimental untuk Chromecast. Kini anda boleh menghantar video dari SMPlayer ke peranti Chromecast anda, termasuklah fail setempat dalam komputer anda dan juga strim atas-talian seperti saluran TV atau video dari laman seperti YouTube, Dailymotion, Vimeo dan banyak lagi. Lagi maklumat.

Sokongan untuk komputer 2 dalam 1 dengan skrin sentuh

SMPlayer kini menyertakan 'mod tablet', yang tersedia dalam Pilihan menu. Bila pilihan dihidupkan ia membuat beberapa perubahan pada antaramuka supaya lebih mudah mengawal SMPlayer melalui sentuhan skrin.

Bila pengguna menukar ke mod tablet dalam pusat tindakan Windows 10, SMPlayer akan mengesannya dan maklumkan sama ada ia patut menukar ke mod tablet SMPlayer jua.

Hantar video ke skrin luaran

Kini anda dapat menghantar video ke skrin kedua yang bersambung dengan komputer, manakala pengawalan aplikasi berada dalam skrin komputer.

Terdapat pilihan baharu dalam Video menu: hantar video ke skrin. Ia menunjukkan submenu dengan semua skrin yang bersambung.

Salah satu skrin dilabelkan sebagai 'skrin utama', yang merupakan skrin komputer. Jika anda menghantar video ke skrin lain, video akan dipaparkan pada skrin tersebut dalam mod skrin penuh. Antaramuka SMPlayer akan kekal dalam skrin komputer yang mana anda dapat mengawal video (jangkau, ubah volum, sarikata, senarai main, buka video lain, dan lain-lain) manakala video pula terpapar pada skrin kedua. Jika anda menghantar video ke skrin utama, video akan tercantum dengan tetingkap SMPlayer.

Perhatian fitur ini memerlukan dekstop ditetapkan sebagai 'extended'.
Pembayang: Anda juga dapat menghantar video secara TANPA WAYAR ke skrin luar pada Windows 8 dan 10 jika skrin menyokong Miracast. If the screen doesn't support Miracast there are available small, and cheap Miracast adapters that can be plugged into a HDMI port.

Sokongan untuk skrin DPI

Pada skrin DPI tinggi (titik seinci) SMPlayer kelihatan terlalu kecil. Kini antaramuka diskalakan secara automatik supaya nampak elok. Terdapat juga tetapan dalam Keutamaan -> Antaramuka -> DPI tinggi yang mana anda dapat melaras faktor skala atau matikan fitur ini.

Tanpa sokongan DPI tinggi

Dengan sokongan DPI tinggi

Pintasan sejagat

Kini SMPlayer dapat gunakan kekunci multimedia (main/jeda, henti, volum+/-, dan lain-lain) sebagai pintasan sejagat. Ini bermaksud kekunci tersebut dapat berfungsi walaupun SMPlayer berfungsi disebalik tabir. Anda boleh aktifkan pilihan ini di Keutamaan -> Papan kekunci dan tetikus.

Tetapan diingati untuk strim atas-talian juga

Sebagai contoh, SMPlayer dapat menyambung semula main balik atau tetapkan tanda buku pada video YouTube atau lain-lain strim atas-talian (selagi ia boleh dijangkau).