Maklumat mengenai pemasang Windows
Untuk pemasangan mudah di Windows, kami sediakan pakej berserta pemasang.
Komponen pilihan

Pemasang membolehkan anda pilih komponen untuk dipasangkan:
- Pintasan
Pilihan ini akan cipta pintasan untuk SMPlayer pada desktop. - Enjin Multimedia
Anda boleh pilih enjin multimedia yang hendak dipasang: MPlayer atau mpv. Juga boleh memasang kedua-duanya.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan mpv. - Tema ikon
Beberapa ikon tema disediakan, yang dapat menukar penampilan aplikasi. - Bahasa
Terjemahan lebih dari 30 bahasa disediakan. Jika anda buang tanda pilihan ini, hanya Bahasa Inggeris akan tersedia.